mE aQwa

My photo
Spread the peace yo! Assalamualaikum :)

Monday, 21 December 2015

To fall in love through the sight of eyes is a beauty.
To fall in love with the sight of soul is a divine.
Where beauty will not last forever, divine is surely the luckiest one. Infinity. 

Thursday, 2 April 2015

Of Kain Pelikat and T-Shirt Biasa

Ada yang suka pada si penyepak bola,
Ada yang suka pada si berkaca mata,
Ada yang suka pada si pemetik gitar,
Ada yang suka pada si badan sasa,
Ada yang suka pada yang bisa buatnya ketawa ria,
Dan ada yang suka pada si ulat buku yang setia dengan buku-bukunya.
Tapi bagi aku, aku suka pada dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa.

Kerna bagi aku, berkain pelikat itu sangat ‘rare’, ber-tshirt biasa itu sempoi.

Apa lagi yang bisa menarik perhatian selain daripada penampilan ‘rare’ yang boleh membuat aku menoleh untuk kali kedua.
Walau aku tahu pandangan kali kedua itu boleh menyebabkan ‘merit’ kepada catitan sebelah kiri aku, ‘demerit’ untuk catitan sebelah kanan aku.

Apa lagi yang bisa membuat aku menarik senyum segaris, menampakkan lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipiku? Cukup bila mana aku boleh terasa aura sempoi biasannya.
Walau hakikatnya, aku hanya mencuri pandang jauh ke arahnya dari celah-celah, selit-selit batang tubuh manusia asing yang menjadi penghalang ‘natural’.

Mungkin ada yang mengatakan aku kuno kerana jatuhnya minat aku pada si dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa.
Mungkin ada yang mengatakan berkain pelikat itu kampung, ber-tshirt biasa itu selekeh.

Tapi bagi aku, berkain pelikat itu sangat ‘rare’, ber-tshirt biasa itu sempoi.

Tak perlu untuk dia memakai jeans keras berwarna hitam berjenama Levis berjalan kemas untuk menarik minat aku,
Tak perlu untuk dia memakai kemeja baru, berlipat lengan bajunya hingga ke paras siku semata-mata untuk tampil ‘macho’, cukup untuk melambung perasaan kagum aku.
Sebab itu semua hanya bayang tipu yang dia cerminkan bagi dirinya yang sebenar; bayang yang hilang bila tiba gelapnya suasana.
Lantas menyapu lalu semua biasan ilusi indah yang bikin hati gadis sepi, setiap malam, menggila gundah.
Sebab itu aku masih memilih suka pada dia yang berkain pelikat, ber-shirt biasa.

Kerna bagi aku, berkain pelikat itu ‘rare’, ber-tshirt biasa itu sempoi.

Pabila terlihat si dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa berjalan nun jauh di sana,
Aku diapung, disuntik terasa bahagia.
Kononnya berangan indah di mana aku nanti akan duduk di sampingnya,
Turut sama berkain batik, berbaju kurung kedah, bersimpuh ayu, tersenyum manis.
Manis. Manis.
Anganku manis.

“PRRAAPPSS!”
- rupanya kain batik yang ku kilas di pinggang terkoyak hujungnya dek terpijak kaki sendiri tika aku ingin bangun dari simpuhan.
Hilang terus bayangan anganku di mana si dia berkain pelikat, ber-tshirt biasa ditemani aku yang berkain batik, berbaju kurung kedah.

Dan si dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa itu muncul selisih dengan aku di alam realiti.
- senyum segaris tersungging di bibirku, lesung pipit terlekuk di pipiku.
Indah.

Walaupun ada yang suka pada si penyepak bola,
Walaupun ada yang suka pada si berkaca mata,
Walaupun ada yang suka pada si pemetik gitar,
Walaupun ada yang suka pada si badan sasa,
Walaupun ada yang suka pada yang bisa buatnya ketawa ria,
Dan ada yang suka pada si ulat buku yang setia dengan buku-bukunya.
Aku masih setia untuk suka pada dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa.

Kerna bagi aku, berkain pelikat itu tetap sangat ‘rare’, ber-tshirt biasa itu tetap sempoi.


Tuesday, 17 February 2015

Esok Ada

Kau dan aku sering bilang, "tidak mengapa, esok masih ada."

Bila aku lupa bertanya khabar ibu dan bapa,
Bila aku alpa melayan layanan dunia.

Bila kau leka menerima habuan dunia,
Bila kau suka tertawa gembira.

Galak gelak kita bersahutan.
Dalam gelek menanti esok yang masih ada.

Kata seerti duka seakan tidak pernah menjadi palang.
Kerana bagi kau dan aku, seerti suka yang sering diterima pulang.

Kau bilang yang mentari esok masih ada,
Gah bersinar menyala terang sentiasa.

Aku bilang kirana bulan paling menawan,
Biasan sinar mentari yang ditawan.

Tidak mengapa, esok masih ada.
Esok masih ada.
Esok masih ada.
Esok masih ada.

Kata-kata magis yang dipegang erat, dalam dipasak ke dalam dada.
Sebab; tidak mengapa, esok masih ada.

Tapi sayang,
Kau dan aku lupa yang esok tidak semestinya akan tiba.
Bila kau tinggal aku seorang menanti esok untuk tiba.
Terjaga aku dalam khabar yang kau sudah tiada.

Hiba.

Monday, 12 January 2015

Harga Sebuah Rasa



Mahal harganya.
Cinta dalam diam.

Bisukan semua cerita.
Butakan semua warna.
Pekakkan semua rasa.
Matikan semua rasa.

Bisa lagi bilang untuk cinta dalam diam?

Ini harganya.
Merawat sakit yang kadang-kala terkoyak lukanya, yang acap kali berkudis.
Perit.
Pahit.

Cinta dalam diam.


Thursday, 8 January 2015

Aneh

Aneh.

Bagaimana seseorang itu percaya bagaimana seorang tukang gunting rambut akan merubah perlakuan pelanggan berdasarkan potongan yang dibuat,

Bagaimana lebat hujan atau terik mentari mahupun beku salju akan mempengaruhi emosi seseorang,

Bagaiman merah atau hijau lampu isyarat di jalan raya menentukan kelancaran perjalanan sesuatu hari,

Bagaimana gatal tapak tangan kanan atau kiri memberi petanda nasib buruk atau baik,

Tanpa menyedari bahawa semua itu sudah diketahui oleh Yang Maha Mengetahui dan ditetapkan oleh Yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Dan sekarang --

Aneh juga bagaimana kita masih percaya masa depan kita ditentukan dengan satu set buku soalan yang perlu diisi.

Aneh bukan.



Tuesday, 6 January 2015

Semuanya Kesayangan Tuhan

Benar. Semuanya  kesayangan Tuhan.

Tiada satu yang ditinggal, hatta sekecil mana kelahirannya.
Tuhan timbang sama-tara. Tuhan hitung semua perkara.
Lelaki atau wanita. Kaya atau miskin. Tinggi atau rendah. Longgar atau sendat. Labuh atau singkat. Setinggan atau istana. Rumah atau masjid. Hitam atau putih.
Semuanya tidak lepas daripada jagaan Tuhan.
Kerana, semuanya kesayangan Tuhan.

Pautan di bawah ini adalah satu perkongsiaan rasa sekumpulan hamba yang dalam usaha memujuk rasa dan menaikkan rasa untuk kenal ar-Rahim.


Semuanya Kesayangan Tuhan zine


Semoga semuanya selamat dalam jagaan Tuhan. :)