Mahal harganya.
Cinta dalam diam.
Bisukan semua cerita.
Butakan semua warna.
Pekakkan semua rasa.
Matikan semua rasa.
Bisa lagi bilang untuk cinta dalam diam?
Ini harganya.
Merawat sakit yang kadang-kala terkoyak lukanya, yang acap kali berkudis.
Perit.
Pahit.
Cinta dalam diam.
Aneh.
Bagaimana seseorang itu percaya bagaimana seorang tukang gunting rambut akan merubah perlakuan pelanggan berdasarkan potongan yang dibuat,
Bagaimana lebat hujan atau terik mentari mahupun beku salju akan mempengaruhi emosi seseorang,
Bagaiman merah atau hijau lampu isyarat di jalan raya menentukan kelancaran perjalanan sesuatu hari,
Bagaimana gatal tapak tangan kanan atau kiri memberi petanda nasib buruk atau baik,
Tanpa menyedari bahawa semua itu sudah diketahui oleh Yang Maha Mengetahui dan ditetapkan oleh Yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Dan sekarang --
Aneh juga bagaimana kita masih percaya masa depan kita ditentukan dengan satu set buku soalan yang perlu diisi.
Aneh bukan.
Benar. Semuanya kesayangan Tuhan.
Tiada satu yang ditinggal, hatta sekecil mana kelahirannya.
Tuhan timbang sama-tara. Tuhan hitung semua perkara.
Lelaki atau wanita. Kaya atau miskin. Tinggi atau rendah. Longgar atau sendat. Labuh atau singkat. Setinggan atau istana. Rumah atau masjid. Hitam atau putih.
Semuanya tidak lepas daripada jagaan Tuhan.
Kerana, semuanya kesayangan Tuhan.
Pautan di bawah ini adalah satu perkongsiaan rasa sekumpulan hamba yang dalam usaha memujuk rasa dan menaikkan rasa untuk kenal ar-Rahim.
Semuanya Kesayangan Tuhan zine
Semoga semuanya selamat dalam jagaan Tuhan. :)