mE aQwa

My photo
Spread the peace yo! Assalamualaikum :)

Wednesday, 25 January 2012

^_^ mind your manner(s) PLEASE!!


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)

salam and greetings.
entry kali ini ingin berkongsi tentang satu kisah yang berlaku secara langsung di depan mata kami sekeluarga. begini ceritanya, tengah hari tadi, kami satu family ni kuar ke bandar kota bharu nak pi cari barang sikit. kalau korang nak tau, jambatan yang menghubungkan jalan ke seberang tu sangat kecik dan sudaa tentulah akan menyebabkan jalan sesak. bayangkan dari jalan 3 lorong jadi 1 lorong bila nak naik jambatan tu. 


time tengah queue, my sis and I nampak ada sorang mamat(he's the driver kat lorong sebelah kete kami) ni bukak cermin kereta dia sambil pegang bottle air. kami pelik sebab tak kan dia nak baling kat kami kowt. rupa-rupanya, memang tu yang dia nak buat!! luckily, dia tak baling bottle air tu ke arah kereta kami tapi ke arah kereta yang kat depan kereta dia. kami pown pelik laa sebab apesal mamat bengong ni baling kereta orang laen tak pasal2. yang buat kami geram awek sengal yang kat sebelah dia tu boleh gelak-gelak gembira diatas perbuatan bodoh pakwenye. my mak cakap jangan tengok mamat tu sebab nanti dia buat benda jahat kat kereta kami pulak. so, my sis and I pown buat tak tau je la walaupun mulut kami tak henti2 curse mamat tu(but, still didn't use the 'f' word hehe).


kami still stuck di dalam kesesakan jalan walau pown hampir 5minit berlalu dan malangnya kereta mamat yang bengong itu still queue sebelah kereta kami huhu.semasa semua kereta tak boleh gerak sebab jammed, mamat tu tetiba keluar dari kereta dia.lepas kuar dari kete dia yang konon2nye mahal(?)  tu, dia terus pegi tendang bumper belakang kepunyaan kereta yang kat tengah queue depan kereta dia. kami sekeluarga yang nampak perbuatan tak senonoh dia terus terkejut!! WHAT THE HEAVEN!! apesal mamat ni hangin tak tentu pasal???!! pak cik berkopiah yang merupakan driver kereta yang ditendang tu pown kuar. mamat bengong tu terus jerit kat pak cik tu, "demo potong queue pastu garis keto ambo!! demo seda dok??!! acu tra check kete demo tuh!! bakpo nok wat calar keto ambo pahtu wak tok kaba???!!". TRANSLATION: "ko langgar kereta aku time potong queue!! ko sedar ke tak??!! cuba check kereta ko tuh!! kenape lepas langgar kereta orang lepas tu buat-buat tak tau!!"


mungkin mamat bengong ni tak sedar yang dia tengah bercakap dengan seorang pak cik yang berpangkat 'AYAH'. tapi, tak sepatutnya dia tegur kesalahan orang lain dengan makian, lebih-lebih lagi orang tu lebih tua daripada dia. tapi, even though orang yang calarkan kereta dia tu lebih muda or sama tua dengan dia, mamat bengong tu still tak ada hak nak maki orang!! pak cik yang penyabar itu hanya menggelengkan kepala dia pastu terus masuk balik kereta dia. pak cik tu tak balas sepatas habuk pon even mamat bengong tu cakap macam tu. yang tak boleh blah, mamat tu terus masuk kereta dia yang mahal(?) selepas dia jerit kat pak cik tu. bak kata my sis, "mamat ni CHICKEN rupenye~~~(sambil buat muka..:p)". 


tetapi, kami yang betol2 queue sebelah tempat kejadian tak nampak pown sebarang garisan yang menyatakan kereta pak cik tu tergesel dengan kereta mamat bengong tuh. okay laah, let say yang kereta pak cik tu betol 'tercium' sikit kereta mamat bengong, takkan laa pak cik tu tak perasan?? ingat ko sorang je yang tau sayang kereta?? rasenye, kereta pak cik tu lagi mahal daripada ko sebab ko kan seorang rakyat yang menyokong barang buatan tempatan sebab tu ko pown guna kereta tempatan. tak main la kereta import ni kan???
the moral of the story is, we MUST know how to respect others. by doing that, others will do the same to us. selalunya, kami akan berasa kesian kepada orang yang keretanye dilanggar. tapi, dalam kes ni, kami rase nak BOOO mamat bengong tu puas2. walau pown perbuatan(boo orang) itu adalah tidak bermoral, rasenye itu pown tak cukup compared to apa yang dia dah buat kat pak cik tu. bukan sahaje ditengking depan orang, pak cik tu jugak mungkin dituduh mencalarkan kereta dia. 
so, people, please mind your manners especially with others who might be older than us. just imagine kalau our parents yang diperlakukan macam tu. sedih kowt. kami tadi pown tengok pak cik tu macam sangat kesian sebab kena tengking tak pasal-pasal huhu. pepatah melayu pown ada menyebut "yang tua dihormati dan yang muda disayangi". macam mana nak gain respect from others kalau diri sendiri tak tau nak respect others?? one more thing, sifat sabar pown mesti dipupuk sebab disebabkan ketidaksabaran kita itulah yang menyebabkan marah senang sangat untuk menguasai jiwa kita. marah itu sifat yang disukai syaitan. bila marah, syaitan-syaitan akan bersorak keriangan. sudaa tentulah kita tak mau ikut perangai keji syaitan kan??


p/s: nuraqwajasbi jugak bukan lah seorang yang penyabar sebab guna banyak perkataan yang perlu digaris seperti ini, bengong, hehe. I want to apologies for the used of many inappropriate word(s) for my entry this time huhu..  

No comments:

Post a Comment