mE aQwa

My photo
Spread the peace yo! Assalamualaikum :)

Tuesday, 16 April 2013

^_^ persoalan??

...بسم الله الرحمن الرحيم
kau kata
kau tidak akan berdusta
janji kau tabur bukan omongan semata-mata
namun ternyata ianya manis di bibir saja

kau juga hebah yang kau hebat
memperjuangkan hak daripada dirembat
menangkis hujanan kutukan yang lebat
namun anggapanku tenyata tepat

kenapa??

kerana kini sudah kau lupa
adanya mereka yang hidup sengasara
angkara kau yang sering alpa
dalam mengejar nafsu membara

nafsu dunia tidak membawa kemana
kerana semua ini milik Dia
layakkah kau untuk memperguna
harta kekayaan pinjaman dunia?

sekarang bagaimana??

ayuh! kembali segera kepada fitrah
sedar siapa Pemilik sebenar
kerana manusia yang leka sudah menjadi lumrah
hanyut dalam mencari diri sebenar

siapa kata berpaduan salah
siapa kata bersatu rebah
kerna mana mungkin aur berlakuan salah
hingga menyebabkan tebing terkulai rebah

oleh itu, sedarlah wahai kau
nasib mereka dan aku di tangan kau letaknya
tak sanggup kami hidup dengan terpukau
dek janji tipuan yang kau kurnia

may God bless us. chaawww~:DD




No comments:

Post a Comment