Basmallah dibaca.
Aku mahu menjadi lampu.
Untuk dia dan mereka.
Supaya dia dan mereka mampu.
Terus tertawa suka.
Sekurang-kurangnya, menjadi pelita.
Kekal menerangi segenap ruang.
Menerangi gelap gelita.
Menyuluh jalan dan ruang.
Tapi, aku sedar, aku tahu.
Lampu dan pelita dibayangi bayang.
Hanya itu kelemahan yang satu.
Terus kekal dikejar bayang.
Seterang mana aku menyala.
Bayang akan terus mengejar.
Sekuat mana aku menyuluh.
Akan kekal dilindungi bayang.
Sungguh ya Tuhan!
Aku letih.
Sungguh ya Tuhan!
Bantu aku buang rasa pedih.
"Dan aku kekal menjadi lampu dan pelita itu."

No comments:
Post a Comment