mE aQwa

My photo
Spread the peace yo! Assalamualaikum :)

Monday, 21 December 2015

To fall in love through the sight of eyes is a beauty.
To fall in love with the sight of soul is a divine.
Where beauty will not last forever, divine is surely the luckiest one. Infinity. 

Thursday, 2 April 2015

Of Kain Pelikat and T-Shirt Biasa

Ada yang suka pada si penyepak bola,
Ada yang suka pada si berkaca mata,
Ada yang suka pada si pemetik gitar,
Ada yang suka pada si badan sasa,
Ada yang suka pada yang bisa buatnya ketawa ria,
Dan ada yang suka pada si ulat buku yang setia dengan buku-bukunya.
Tapi bagi aku, aku suka pada dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa.

Kerna bagi aku, berkain pelikat itu sangat ‘rare’, ber-tshirt biasa itu sempoi.

Apa lagi yang bisa menarik perhatian selain daripada penampilan ‘rare’ yang boleh membuat aku menoleh untuk kali kedua.
Walau aku tahu pandangan kali kedua itu boleh menyebabkan ‘merit’ kepada catitan sebelah kiri aku, ‘demerit’ untuk catitan sebelah kanan aku.

Apa lagi yang bisa membuat aku menarik senyum segaris, menampakkan lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipiku? Cukup bila mana aku boleh terasa aura sempoi biasannya.
Walau hakikatnya, aku hanya mencuri pandang jauh ke arahnya dari celah-celah, selit-selit batang tubuh manusia asing yang menjadi penghalang ‘natural’.

Mungkin ada yang mengatakan aku kuno kerana jatuhnya minat aku pada si dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa.
Mungkin ada yang mengatakan berkain pelikat itu kampung, ber-tshirt biasa itu selekeh.

Tapi bagi aku, berkain pelikat itu sangat ‘rare’, ber-tshirt biasa itu sempoi.

Tak perlu untuk dia memakai jeans keras berwarna hitam berjenama Levis berjalan kemas untuk menarik minat aku,
Tak perlu untuk dia memakai kemeja baru, berlipat lengan bajunya hingga ke paras siku semata-mata untuk tampil ‘macho’, cukup untuk melambung perasaan kagum aku.
Sebab itu semua hanya bayang tipu yang dia cerminkan bagi dirinya yang sebenar; bayang yang hilang bila tiba gelapnya suasana.
Lantas menyapu lalu semua biasan ilusi indah yang bikin hati gadis sepi, setiap malam, menggila gundah.
Sebab itu aku masih memilih suka pada dia yang berkain pelikat, ber-shirt biasa.

Kerna bagi aku, berkain pelikat itu ‘rare’, ber-tshirt biasa itu sempoi.

Pabila terlihat si dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa berjalan nun jauh di sana,
Aku diapung, disuntik terasa bahagia.
Kononnya berangan indah di mana aku nanti akan duduk di sampingnya,
Turut sama berkain batik, berbaju kurung kedah, bersimpuh ayu, tersenyum manis.
Manis. Manis.
Anganku manis.

“PRRAAPPSS!”
- rupanya kain batik yang ku kilas di pinggang terkoyak hujungnya dek terpijak kaki sendiri tika aku ingin bangun dari simpuhan.
Hilang terus bayangan anganku di mana si dia berkain pelikat, ber-tshirt biasa ditemani aku yang berkain batik, berbaju kurung kedah.

Dan si dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa itu muncul selisih dengan aku di alam realiti.
- senyum segaris tersungging di bibirku, lesung pipit terlekuk di pipiku.
Indah.

Walaupun ada yang suka pada si penyepak bola,
Walaupun ada yang suka pada si berkaca mata,
Walaupun ada yang suka pada si pemetik gitar,
Walaupun ada yang suka pada si badan sasa,
Walaupun ada yang suka pada yang bisa buatnya ketawa ria,
Dan ada yang suka pada si ulat buku yang setia dengan buku-bukunya.
Aku masih setia untuk suka pada dia yang berkain pelikat, ber-tshirt biasa.

Kerna bagi aku, berkain pelikat itu tetap sangat ‘rare’, ber-tshirt biasa itu tetap sempoi.


Tuesday, 17 February 2015

Esok Ada

Kau dan aku sering bilang, "tidak mengapa, esok masih ada."

Bila aku lupa bertanya khabar ibu dan bapa,
Bila aku alpa melayan layanan dunia.

Bila kau leka menerima habuan dunia,
Bila kau suka tertawa gembira.

Galak gelak kita bersahutan.
Dalam gelek menanti esok yang masih ada.

Kata seerti duka seakan tidak pernah menjadi palang.
Kerana bagi kau dan aku, seerti suka yang sering diterima pulang.

Kau bilang yang mentari esok masih ada,
Gah bersinar menyala terang sentiasa.

Aku bilang kirana bulan paling menawan,
Biasan sinar mentari yang ditawan.

Tidak mengapa, esok masih ada.
Esok masih ada.
Esok masih ada.
Esok masih ada.

Kata-kata magis yang dipegang erat, dalam dipasak ke dalam dada.
Sebab; tidak mengapa, esok masih ada.

Tapi sayang,
Kau dan aku lupa yang esok tidak semestinya akan tiba.
Bila kau tinggal aku seorang menanti esok untuk tiba.
Terjaga aku dalam khabar yang kau sudah tiada.

Hiba.

Monday, 12 January 2015

Harga Sebuah Rasa



Mahal harganya.
Cinta dalam diam.

Bisukan semua cerita.
Butakan semua warna.
Pekakkan semua rasa.
Matikan semua rasa.

Bisa lagi bilang untuk cinta dalam diam?

Ini harganya.
Merawat sakit yang kadang-kala terkoyak lukanya, yang acap kali berkudis.
Perit.
Pahit.

Cinta dalam diam.


Thursday, 8 January 2015

Aneh

Aneh.

Bagaimana seseorang itu percaya bagaimana seorang tukang gunting rambut akan merubah perlakuan pelanggan berdasarkan potongan yang dibuat,

Bagaimana lebat hujan atau terik mentari mahupun beku salju akan mempengaruhi emosi seseorang,

Bagaiman merah atau hijau lampu isyarat di jalan raya menentukan kelancaran perjalanan sesuatu hari,

Bagaimana gatal tapak tangan kanan atau kiri memberi petanda nasib buruk atau baik,

Tanpa menyedari bahawa semua itu sudah diketahui oleh Yang Maha Mengetahui dan ditetapkan oleh Yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Dan sekarang --

Aneh juga bagaimana kita masih percaya masa depan kita ditentukan dengan satu set buku soalan yang perlu diisi.

Aneh bukan.



Tuesday, 6 January 2015

Semuanya Kesayangan Tuhan

Benar. Semuanya  kesayangan Tuhan.

Tiada satu yang ditinggal, hatta sekecil mana kelahirannya.
Tuhan timbang sama-tara. Tuhan hitung semua perkara.
Lelaki atau wanita. Kaya atau miskin. Tinggi atau rendah. Longgar atau sendat. Labuh atau singkat. Setinggan atau istana. Rumah atau masjid. Hitam atau putih.
Semuanya tidak lepas daripada jagaan Tuhan.
Kerana, semuanya kesayangan Tuhan.

Pautan di bawah ini adalah satu perkongsiaan rasa sekumpulan hamba yang dalam usaha memujuk rasa dan menaikkan rasa untuk kenal ar-Rahim.


Semuanya Kesayangan Tuhan zine


Semoga semuanya selamat dalam jagaan Tuhan. :) 

Friday, 26 December 2014

Bicara Tuhan

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang -- bismillah.

Tuhan berbicara kepada hamba-Nya dengan pelbagai cara --
Kemampuan harta melimpah-ruah.
Kesihatan kuat seisi tubuh.
Kecantikan wajah tanpa cela.
Kebahagian keluarga seluruh bahagia.

Tidak lupa juga Tuhan untuk  bicara dalam bentuk --
Bencana alam menggegar bumi.
Ujian teknologi meragut pergi.
Kematian manusia; jasad dan hati.

Jadi, jika sering Tuhan berbicara kepada kita, bicara itu disambut atau dilambung?
Bicara itu diterima atau dibuang?
Bicara itu difahami atau dijahili?

Langsung bagaimana kamu mahu terus Tuhan terus berbicara sama kamu?
Andai bicaraNya sebelum ini dilambung, dibuang, dijahili?

Terjun lombang sana kamu pergi.

#prayforPantaiTimur #prayforMalaysia

Tuesday, 24 June 2014

Mahu 'polish' karat

Salam. So, it had been ages since I wrote something. Hectic schedules; classes, quizzes, gamelan's shows, creept's events, yadaayaadaa. Am thinking of new, a fresh start since I have about 3months of nothing to do as school will start back on September wuuuuwweeeee :)

Bismillah. So, here am I to give my words in regard to start something new; in a different, yet a good way.

Jika kau fikir untuk berubah itu senang, 
cuba kau lihat karat yang ada di besi dengan tenang.

Karat itu sifatnya mengikis.
Maksudnya, ia bisa mengikis sifat asal sesuatu,
untuk berubah menjadi palsu.

Karat itu sifatnya membinasa.
Awas jika kau ingin membuangnya.
Kerna bisa karat itu, bisa meragut nyawa.

Namun, sekuat mana karat itu mengikis, seteruk mana ia membinasa,
sekurang-kurangnya besi masih diberi peluang untuk kembali menjadi asal.

Jadi, kayuh pelan-pelan.
Walau proses merawat dituju beribu soalan.
Sebab, takkan mungkin besi akan hancur dek karat.
Takkan mungkin karat akan terus melarat.

Kalau karat di besi bisa dirawat,
mana mungkin karat di hati kekal berselirat. :)



Sunday, 2 March 2014

^_^ tanggungjawab

kau tengok.
kau dengar.
kau sentuh.
kau rasa.

kau dongak.
kau cabar.
kau tempuh.
kau gembira.

hasilnya?
kau tanggung.

akhirannya?
jangan tersadung.

Wednesday, 20 November 2013

^_^ aku kawan kau

basmallah dibaca.

sebab kata-kata itu lebih tajam daripada belati.
aku lebih rela berdiam diri.
bukan mengaku kalah atau salah.
tapi aku lebih suka mengalah.

sebab semua orang akan pernah rasa sebegitu.
aku faham perasaan itu.
tapi tak semestinya kau harus meletus.
sebab rasa itu kau sendiri yang cetus.

cuba kau fikir untuk orang.
jangan fikir tentang kau sorang.
sebab kau hidup dalam masyarakat.
bukannya terkurung, tersekat.

manusia.
tolonglah.
kau siapa?
mahu disembah?

manusia.
sedarlah.
sebenarnya kita ni hina.
selalu buat salah.

buka mata hati kau.
lihat sekeliling.
mereka ada untuk kau.
tapi kau yang sendiri pening.

sebab aku sayang kau.
aku mahu tegur kau.
tak semestinya kalau kau terasa,
mereka yang lain harus turut rasa.

sebab aku sayang kau.
aku mahu kau tahu.
kami ada untuk kau.
jangan kau membelit, tipu.

sebab Dia sayang kau.
Dia selalu bagi peluang, selalu.

aku sayang kau, kawan =)



Thursday, 7 November 2013

^_^ rindu. katanya~

rindu.
tak tipu.
betul.
rindu hati seketul.

rindu.
betul ni.
sendu.
hati ni.

rindu.
betul laa.
mana ada tipu.
disulam air mata.

rindu.
tahan.
rindu.
adoii~ takleh tahan.



Sunday, 20 October 2013

^_^ aksara aku #3

basmallah dibaca.

ingin merasa.
adakah layak?
ingin mencuba
adakah berhak?

redha.
perkataan yang cukup rapat..
ingin ku dakap ia, sudah lama.
sayang, tak pernah dapat.

bukan. bukan aku menafikan.
cuma, hati aku berdetik.
"kenapa?" yang aku soalkan.
basah bulu mata- lentik.

dek itu, rasa yang aku rasa.
aku simpan kemas.
tertutup rapi.
kejap, dalam bekas.

sebab itu, luaran aku nampak kaku.
persis punyai hati batu.
keras. tak lut ditarah paku.
tak tipu, memang itu luaran aku.

kerna itu, aku layak digelar "pelakon" terbaik.
segala rasa aku bayangi dengan cahaya.
"cahaya kekuatan" kononnya.
benar, hanya konon bercahaya.

"sekejap pun takpe. sedikit pun jadi."


Thursday, 26 September 2013

^_^ Donut Terbang ke Bumi~

assalamualaikum wbt and greetings peeps!
pheewww~ it's been ages since I updated any theatre events. yet, this is just another a quick sneak-peek for this upcoming theatre event. ~.~
so, check this out guys! CrEEPT Production presents to you "Donut Terbang ke Bumi". It will be staging on 28/9/2013 at Auditorium JKKN WPKL in conjunction with Festival Teater Kuala Lumpur 2013.



for more infomation regarding this, you guys can browse around this page DonutTerbangKeBumi. so, reserve your date for this event. do come and give your full support for us! thanks guys! :DD

may Allah bless us~ ;)

Wednesday, 25 September 2013

^_^ Lampu. Pelita

Basmallah dibaca.

Aku mahu menjadi lampu.
Untuk dia dan mereka.
Supaya dia dan mereka mampu.
Terus tertawa suka.

Sekurang-kurangnya, menjadi pelita.
Kekal menerangi segenap ruang.
Menerangi gelap gelita.
Menyuluh jalan dan ruang.

Tapi, aku sedar, aku tahu.
Lampu dan pelita dibayangi bayang.
Hanya itu kelemahan yang satu.
Terus kekal dikejar bayang.

Seterang mana aku menyala.
Bayang akan terus mengejar.
Sekuat mana aku menyuluh.
Akan kekal dilindungi bayang.

Sungguh ya Tuhan!
Aku letih.
Sungguh ya Tuhan!
Bantu aku buang rasa pedih.

"Dan aku kekal menjadi lampu dan pelita itu."

Sunday, 22 September 2013

^_^ aksara aku #2

Basmallah dibaca.

Bait-bait aksara ini,
Hanya aku yang faham.

Muntahannya mungkin agak keras.
Muntahannya mungkin sedikit pedas.

Walau apa pun perasa yang kau rasa,
memang itu niat pelakar.

Susunan aksara ini,
aku susun mengikut rasa.
Mungkin hanya aku yang faham.
Mungkin hanya aku yang mampu dalaminya.

Kau terasa bangsat.
Aku berasa sopan.
Kau terasa kesat.
Aku berniat sapaan.

Sebab itu aku kata,
bait-bait aksara ini,
hanya aku yang faham.

may Allah bless us :)

Saturday, 14 September 2013

^_^ dari Hawa untuk Hawa


tersentak aku bila mengetahui kisah itu.
bukan aku benci, tapi aku risau.
risau jika kurnian rasa malu daripadaNya hilang,
hingga si Hawa sesat mencari jalan pulang.

bagai dihentak bila aku dikisahkan tentang itu.
bukan aku benci, tapi aku gusar.
gusar jika lenyapnya nilai harga wanita yang satu,
dimana akan si Hawa mencari tapak kukuh, berpaksi pusar.

duhai Hawa yang berharga mulia.
aku tahu rasa itu sangat indah.
tapi tolonglah duhai sayangku Hawa,
jangan menyerah dengan mudah.

nilaimu tinggi duhai Hawa.
tidak tergadai dengan menjual nama,
tidak berbaloi menjadi bualan si Adam,
tidak ternilai menjadi pengetahuan mereka.

aku risau duhai Hawaku sayang.
kau begitu mudah menyerah kalah.
aku tahu bagaimana rasanya bila rasa itu menyerang.
tapi kau harus tetap kekal bertahan tabah.

jika si Adam yang harus lari,
jelas kau di pihak yang salah.
jika si Adam yang harus menolak,
benar kau mengharap pada yang tak sudi.

sungguh duhai Hawaku.
tinggikan nilaimu.
jangan mudah mengaku dan menyerah.
kerna janjiNya pasti datang menyembah.

satu hari nanti,
janjiNya aku yakin dan pasti.
satu hari nanti,
akan datang kepadamu yang sudi.

jadi, peliharalah maruahmu duhai Hawaku sayang.
tinggikan maruah harga dirimu sayang.
kerna aku pasti kau sebenarnya Hawa terbilang.
namun sedikit buta menurut nafsu menyerang.

aku sayang kamu, duhai saudari Hawaku :)
#anotetomyselftoo

"...it's not wrong to love someone. but, the consequences that comes due to our wrong actions as we're following our nafs', are the worrisome..." :'(
"...hence, pray to Him, ask Him to grant your wishes as He is the Most Merciful and the Most Beloved..":')


Thursday, 5 September 2013

^_^ aksara aku #1

Basmallah dibaca.

aku rasa.
aku tulis.

aku sedih.
aku tulis.

aku sakit.
aku tulis.

luah?
aku tak tahu.
aku tak pandai.
aku tak biasa.
dan taknak dibiasakan sebegitu.

tapi pada Dia.
aku mengadu domba.
aku menunduk rendah.
aku sujud menyembah.

syukur.
Dia sentiasa ada untuk aku.
:')

Friday, 26 July 2013

^_^ mulut vs jari-jemari

...بسم الله الرحمن الرحيم

pernah dulu aku berpegang pada
"kerana pulut, santan binasa,
kerana mulut, badan binasa".
tapi, tidak lagi kini.
mengapa begini?
dunia berubah,
kebaikan, tujuan yang baru.
walau merubah arah.
tetap menuju ke arah yang satu.

tapi, benar! 
percaya padaku.
'mulut' tidak lagi bersinar.
dalam menyata, fakta pun turut terpaku.

dengan "maklumat di hujung jari"
manusia seakan lupa diri.
walau mulut mampu berdiam.
maklumat di sebar, tiada terpadam.

ligat menari jari-jemari,
mentafsir rasa tiada sekatan.
walau mulut berdiam diri,
ligatnya jari tiada batasan.

bongkak kita melaung perjuangan
dalam menapis hawa nafsu.
angkuh kita dalam melawan,
berteriak memangkah fakta lesu.

manusia. 
perbuatan sering tidak seiring perkataan.
walau bersangka tidak berdusta.
buta menilai, bersikap haiwan.

mereka kata,
"terlajak kata, buruk padahnya."
aku kata,
"berlambak perasaan, mati sebagai balasan".

sedar manusia.
sekuat mana kau menidak.
sekuat itu ia mencari hak.
selantang mana kau berteriak.
sekilat itu ia bertindak.

benarlah sekarang.
mulut bukan lagi menjadi kunci.
kerna jiwa hitam persis arang.
membaja hasad menjadi benci.

ingat manusia.
indah rupa berbaik sangka.
indah wajah kerana 'cahaya'.
indah akhlak tanpa prasangka.
indah iman mengejar janjiNya.

jelas, nyata.
perhentian terakhir, 
tetap kepadaNya.

may we safe in His guard. may God bless us. chaaawww~=)

Tuesday, 23 July 2013

^_^ lupa

Basmallah.

kosong.
gentar jiwa terpesong.
dalam menongkah arus lintang.
walau jawapan luas terbentang.
mata buta tertutup rapi.
tegar jiwa kekal sepi.

kosong.
takut hati jauh melencong.
dalam menafi keinginan sendiri.
bertindak seakan lupa diri.
tinggal jasad tanpa nyawa.
tetap semadi bersama dusta.

bodoh.
gentar niat dipandang hodoh.
cuak diri dipandang hina.
rela jiwa terbelangkai terkena.
menadah muka menahan diludah.
hati memujuk, "cukuplah sudah.".

bisu.
andai lidah menjadi bisu.
tidak bermakna hatinya batu.
walau mata tidak menipu.
jangan dinafi rasa terseksa.
kerna hati yang lebih merasa.

tidak.
aku menidakkan apa yang hak.

salah.
aku menyalahkan mereka yang tak bersalah.

buta.
buta hati dalam menyinta.

lupa.
aku sebenarnya masih ada Dia.

may God bless us. chaaawww =)

Thursday, 18 July 2013

^_^ # aku...

...بسم الله الرحمن الرحيم
bohong jika aku kata,
"aku tak kisah"
kerana hakikat sebenarnya aku resah
menahan jiwa daripada rebah
benar! aku kisah!

bohong jika aku kata,
"aku tak terasa"
kerana hakikatnya rasa itu kuat mencengkam jiwa
sesak nafas, mencari nyawa
sungguh! aku terasa!

tipu kalau aku kata,
"aku tak sakit"
sebab sakit itu semakin membukit
mencakar, menoreh, darah melekit
benar! aku sakit!

tipu kalau aku kata,
"aku tak letih"
sebab 'berlakon" itu ertinya pedih
memperdaya manusia tanpa rasa sedih
sungguh! aku letih!

benar! aku perempuan itu.
pernah berada di situ.
tanpa ingin menempuhinya lagi.

sungguh! aku bosan.
cuba untuk lari daripada mimpi indah itu.
akhirnya, merangkak kembali ke alam mimpi.

bodoh! kerana takut mengatakan "tidak!"
aku terpaksa menurut perintah.
kerana takut meluahkan rasa!
terdampar aku, merana sengasara.

aku mahu keluar dari sini!
aku mahu bebas dari sangkar ini!
yang kukuh menghalang aku daripada terbang bebas.

manusia!
walau kita berbeza cabaran.
berlainan liku yang harus ditempuhi.
harus diingat!
destinasi kita tetap sama.
kembali akhirnya kepada Dia yang Satu.

may God bless us. chaaawww =)