mE aQwa

My photo
Spread the peace yo! Assalamualaikum :)

Wednesday, 20 November 2013

^_^ aku kawan kau

basmallah dibaca.

sebab kata-kata itu lebih tajam daripada belati.
aku lebih rela berdiam diri.
bukan mengaku kalah atau salah.
tapi aku lebih suka mengalah.

sebab semua orang akan pernah rasa sebegitu.
aku faham perasaan itu.
tapi tak semestinya kau harus meletus.
sebab rasa itu kau sendiri yang cetus.

cuba kau fikir untuk orang.
jangan fikir tentang kau sorang.
sebab kau hidup dalam masyarakat.
bukannya terkurung, tersekat.

manusia.
tolonglah.
kau siapa?
mahu disembah?

manusia.
sedarlah.
sebenarnya kita ni hina.
selalu buat salah.

buka mata hati kau.
lihat sekeliling.
mereka ada untuk kau.
tapi kau yang sendiri pening.

sebab aku sayang kau.
aku mahu tegur kau.
tak semestinya kalau kau terasa,
mereka yang lain harus turut rasa.

sebab aku sayang kau.
aku mahu kau tahu.
kami ada untuk kau.
jangan kau membelit, tipu.

sebab Dia sayang kau.
Dia selalu bagi peluang, selalu.

aku sayang kau, kawan =)



Thursday, 7 November 2013

^_^ rindu. katanya~

rindu.
tak tipu.
betul.
rindu hati seketul.

rindu.
betul ni.
sendu.
hati ni.

rindu.
betul laa.
mana ada tipu.
disulam air mata.

rindu.
tahan.
rindu.
adoii~ takleh tahan.



Sunday, 20 October 2013

^_^ aksara aku #3

basmallah dibaca.

ingin merasa.
adakah layak?
ingin mencuba
adakah berhak?

redha.
perkataan yang cukup rapat..
ingin ku dakap ia, sudah lama.
sayang, tak pernah dapat.

bukan. bukan aku menafikan.
cuma, hati aku berdetik.
"kenapa?" yang aku soalkan.
basah bulu mata- lentik.

dek itu, rasa yang aku rasa.
aku simpan kemas.
tertutup rapi.
kejap, dalam bekas.

sebab itu, luaran aku nampak kaku.
persis punyai hati batu.
keras. tak lut ditarah paku.
tak tipu, memang itu luaran aku.

kerna itu, aku layak digelar "pelakon" terbaik.
segala rasa aku bayangi dengan cahaya.
"cahaya kekuatan" kononnya.
benar, hanya konon bercahaya.

"sekejap pun takpe. sedikit pun jadi."


Thursday, 26 September 2013

^_^ Donut Terbang ke Bumi~

assalamualaikum wbt and greetings peeps!
pheewww~ it's been ages since I updated any theatre events. yet, this is just another a quick sneak-peek for this upcoming theatre event. ~.~
so, check this out guys! CrEEPT Production presents to you "Donut Terbang ke Bumi". It will be staging on 28/9/2013 at Auditorium JKKN WPKL in conjunction with Festival Teater Kuala Lumpur 2013.



for more infomation regarding this, you guys can browse around this page DonutTerbangKeBumi. so, reserve your date for this event. do come and give your full support for us! thanks guys! :DD

may Allah bless us~ ;)

Wednesday, 25 September 2013

^_^ Lampu. Pelita

Basmallah dibaca.

Aku mahu menjadi lampu.
Untuk dia dan mereka.
Supaya dia dan mereka mampu.
Terus tertawa suka.

Sekurang-kurangnya, menjadi pelita.
Kekal menerangi segenap ruang.
Menerangi gelap gelita.
Menyuluh jalan dan ruang.

Tapi, aku sedar, aku tahu.
Lampu dan pelita dibayangi bayang.
Hanya itu kelemahan yang satu.
Terus kekal dikejar bayang.

Seterang mana aku menyala.
Bayang akan terus mengejar.
Sekuat mana aku menyuluh.
Akan kekal dilindungi bayang.

Sungguh ya Tuhan!
Aku letih.
Sungguh ya Tuhan!
Bantu aku buang rasa pedih.

"Dan aku kekal menjadi lampu dan pelita itu."

Sunday, 22 September 2013

^_^ aksara aku #2

Basmallah dibaca.

Bait-bait aksara ini,
Hanya aku yang faham.

Muntahannya mungkin agak keras.
Muntahannya mungkin sedikit pedas.

Walau apa pun perasa yang kau rasa,
memang itu niat pelakar.

Susunan aksara ini,
aku susun mengikut rasa.
Mungkin hanya aku yang faham.
Mungkin hanya aku yang mampu dalaminya.

Kau terasa bangsat.
Aku berasa sopan.
Kau terasa kesat.
Aku berniat sapaan.

Sebab itu aku kata,
bait-bait aksara ini,
hanya aku yang faham.

may Allah bless us :)

Saturday, 14 September 2013

^_^ dari Hawa untuk Hawa


tersentak aku bila mengetahui kisah itu.
bukan aku benci, tapi aku risau.
risau jika kurnian rasa malu daripadaNya hilang,
hingga si Hawa sesat mencari jalan pulang.

bagai dihentak bila aku dikisahkan tentang itu.
bukan aku benci, tapi aku gusar.
gusar jika lenyapnya nilai harga wanita yang satu,
dimana akan si Hawa mencari tapak kukuh, berpaksi pusar.

duhai Hawa yang berharga mulia.
aku tahu rasa itu sangat indah.
tapi tolonglah duhai sayangku Hawa,
jangan menyerah dengan mudah.

nilaimu tinggi duhai Hawa.
tidak tergadai dengan menjual nama,
tidak berbaloi menjadi bualan si Adam,
tidak ternilai menjadi pengetahuan mereka.

aku risau duhai Hawaku sayang.
kau begitu mudah menyerah kalah.
aku tahu bagaimana rasanya bila rasa itu menyerang.
tapi kau harus tetap kekal bertahan tabah.

jika si Adam yang harus lari,
jelas kau di pihak yang salah.
jika si Adam yang harus menolak,
benar kau mengharap pada yang tak sudi.

sungguh duhai Hawaku.
tinggikan nilaimu.
jangan mudah mengaku dan menyerah.
kerna janjiNya pasti datang menyembah.

satu hari nanti,
janjiNya aku yakin dan pasti.
satu hari nanti,
akan datang kepadamu yang sudi.

jadi, peliharalah maruahmu duhai Hawaku sayang.
tinggikan maruah harga dirimu sayang.
kerna aku pasti kau sebenarnya Hawa terbilang.
namun sedikit buta menurut nafsu menyerang.

aku sayang kamu, duhai saudari Hawaku :)
#anotetomyselftoo

"...it's not wrong to love someone. but, the consequences that comes due to our wrong actions as we're following our nafs', are the worrisome..." :'(
"...hence, pray to Him, ask Him to grant your wishes as He is the Most Merciful and the Most Beloved..":')


Thursday, 5 September 2013

^_^ aksara aku #1

Basmallah dibaca.

aku rasa.
aku tulis.

aku sedih.
aku tulis.

aku sakit.
aku tulis.

luah?
aku tak tahu.
aku tak pandai.
aku tak biasa.
dan taknak dibiasakan sebegitu.

tapi pada Dia.
aku mengadu domba.
aku menunduk rendah.
aku sujud menyembah.

syukur.
Dia sentiasa ada untuk aku.
:')

Friday, 26 July 2013

^_^ mulut vs jari-jemari

...بسم الله الرحمن الرحيم

pernah dulu aku berpegang pada
"kerana pulut, santan binasa,
kerana mulut, badan binasa".
tapi, tidak lagi kini.
mengapa begini?
dunia berubah,
kebaikan, tujuan yang baru.
walau merubah arah.
tetap menuju ke arah yang satu.

tapi, benar! 
percaya padaku.
'mulut' tidak lagi bersinar.
dalam menyata, fakta pun turut terpaku.

dengan "maklumat di hujung jari"
manusia seakan lupa diri.
walau mulut mampu berdiam.
maklumat di sebar, tiada terpadam.

ligat menari jari-jemari,
mentafsir rasa tiada sekatan.
walau mulut berdiam diri,
ligatnya jari tiada batasan.

bongkak kita melaung perjuangan
dalam menapis hawa nafsu.
angkuh kita dalam melawan,
berteriak memangkah fakta lesu.

manusia. 
perbuatan sering tidak seiring perkataan.
walau bersangka tidak berdusta.
buta menilai, bersikap haiwan.

mereka kata,
"terlajak kata, buruk padahnya."
aku kata,
"berlambak perasaan, mati sebagai balasan".

sedar manusia.
sekuat mana kau menidak.
sekuat itu ia mencari hak.
selantang mana kau berteriak.
sekilat itu ia bertindak.

benarlah sekarang.
mulut bukan lagi menjadi kunci.
kerna jiwa hitam persis arang.
membaja hasad menjadi benci.

ingat manusia.
indah rupa berbaik sangka.
indah wajah kerana 'cahaya'.
indah akhlak tanpa prasangka.
indah iman mengejar janjiNya.

jelas, nyata.
perhentian terakhir, 
tetap kepadaNya.

may we safe in His guard. may God bless us. chaaawww~=)

Tuesday, 23 July 2013

^_^ lupa

Basmallah.

kosong.
gentar jiwa terpesong.
dalam menongkah arus lintang.
walau jawapan luas terbentang.
mata buta tertutup rapi.
tegar jiwa kekal sepi.

kosong.
takut hati jauh melencong.
dalam menafi keinginan sendiri.
bertindak seakan lupa diri.
tinggal jasad tanpa nyawa.
tetap semadi bersama dusta.

bodoh.
gentar niat dipandang hodoh.
cuak diri dipandang hina.
rela jiwa terbelangkai terkena.
menadah muka menahan diludah.
hati memujuk, "cukuplah sudah.".

bisu.
andai lidah menjadi bisu.
tidak bermakna hatinya batu.
walau mata tidak menipu.
jangan dinafi rasa terseksa.
kerna hati yang lebih merasa.

tidak.
aku menidakkan apa yang hak.

salah.
aku menyalahkan mereka yang tak bersalah.

buta.
buta hati dalam menyinta.

lupa.
aku sebenarnya masih ada Dia.

may God bless us. chaaawww =)

Thursday, 18 July 2013

^_^ # aku...

...بسم الله الرحمن الرحيم
bohong jika aku kata,
"aku tak kisah"
kerana hakikat sebenarnya aku resah
menahan jiwa daripada rebah
benar! aku kisah!

bohong jika aku kata,
"aku tak terasa"
kerana hakikatnya rasa itu kuat mencengkam jiwa
sesak nafas, mencari nyawa
sungguh! aku terasa!

tipu kalau aku kata,
"aku tak sakit"
sebab sakit itu semakin membukit
mencakar, menoreh, darah melekit
benar! aku sakit!

tipu kalau aku kata,
"aku tak letih"
sebab 'berlakon" itu ertinya pedih
memperdaya manusia tanpa rasa sedih
sungguh! aku letih!

benar! aku perempuan itu.
pernah berada di situ.
tanpa ingin menempuhinya lagi.

sungguh! aku bosan.
cuba untuk lari daripada mimpi indah itu.
akhirnya, merangkak kembali ke alam mimpi.

bodoh! kerana takut mengatakan "tidak!"
aku terpaksa menurut perintah.
kerana takut meluahkan rasa!
terdampar aku, merana sengasara.

aku mahu keluar dari sini!
aku mahu bebas dari sangkar ini!
yang kukuh menghalang aku daripada terbang bebas.

manusia!
walau kita berbeza cabaran.
berlainan liku yang harus ditempuhi.
harus diingat!
destinasi kita tetap sama.
kembali akhirnya kepada Dia yang Satu.

may God bless us. chaaawww =)

Wednesday, 10 July 2013

^_^ Ramadhan Kareem~

salam.
1st Ramadhan.
alhamdulillah.
given a chance to meet it again.
some of us might don't have a chance.
some of us might not able enough to fast.
whatever it is, He knows better.

ask Him forgiveness.
ask Him to receive our deeds.
be good to others.
be good to ourselves.

Ramadhan this year?
again, without my family.
celebrated alone,
in slump of love
in thirst for happiness.

yet, realize something better wait ahead.
just dump the feeling,
and choke it into dustbin.
and I'm done.

Ramadhan Kareem peeps!! *AllahuAkram!*

may God bless us. chaaawwww~ =)

Sunday, 7 July 2013

^_^ ding dong!

assalamualaikum wbt and greetings.
it's 5.55pm. 
sitting still on my chair.
staring blindly at my lappy.
doing assignments.
*oh~how I wish it was true.*
submitted?
9th and 15th June.
ample time?
delusional.
numb bottom.
chill hands.
numb brain.
stop doing them.
write an entry.
6.00pm
nothing to write.
zero ideas.
I'm done.
getting back to my works.
hell-o assignments.
continuously.....'till late.
how I predict it should be.
say, "basmallah". 
"in the name of Allah, the most Gracious, the most Compassionate"
eh! wait!
I'm not taking that much time to write this actually ~.~

may God bless us. chaaawww~ =)

Sunday, 30 June 2013

^_^ salam terakhir :')


Aqwa, pegi tak nanti?
pegi mane?
yang tu laa...
tak tau, macam tak kowt..
orang in shaa Allah pegi...


hmm..rase macam kena pindah rumah laa..
kenapa tetiba cakap pasal nak pindah rumah ni?
tak tau, rasa macam memang kena pindah rumah jugak ni.
.....

29 June 2013. selamat tinggal sahabat. semoga tenang berada di kalangan orang-orang yang soleh. salam perkhabaran terakhir yang kau hulurkan, umpama amanat untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat. walaupun berita ini sangat mengejutkan, tapi apabila Dia mengatakan "kun faya kun" dan aku berpegang pada kepercayaan itu, aku redha. semoga tenang kau di rumah yang baru......
al-Fatihah :')

Wednesday, 26 June 2013

^_^ God's willing, Freak!

...بسم الله الرحمن الرحيم

confuse.
either to take it.
or...maybe should not.

discuss.
she said, "go for it''.
he said, "just follow your instinct".
they said, "come join us".
I said, "headache!".

future?
unclear.
not sure.
blurry.
"DANGGG! you're sure the hopeless one!"

rethink.
advantages? heap.
disadvantages? existed.
to think positively?
to think negatively?

pray.
to Him I cried.
to Him I prayed.
to Him I submitted myself.
to Him I asked.

thank God!
He answered me!!

decision.
crystal clear.
declared already.

mission accomplished.
you save the planet.
leave out the rest to Him.
just live your life to the fullest!

and oh!
hell-o psych!
treat me well.
serve me nicely.
I deserve better.

thank God freak!
you set up your mind.

thank you freak!
you made the wise choice.

God's willing, Freak! =)

Tuesday, 25 June 2013

^_^ sakit perut?

Assalamualaikum wbt peeps!

So, sekarang ni aku tengah menaip entry baru sambil tengah sakit perut. Oleh sebab itu, entry aku kali ni berkaitan dengan sakit perut. Kenapa sakit perut? Aku pun tak pasti. sebabnya, rasa ni datang dengan tetiba. Kalau korang rasa benda ni satu isu yang kotor, aku tak boleh nak kata apa, sebab mungkin korang jenis yang tak pernah rasa sakit perut...kowt erk?

Masalahnya sekarang, sakit perut aku sekarang ni bukannya sakit yang memerluakan aku memenuhi panggilan alam.
Tapi sakit ini seperti rasa yang mencucuk dan terasa bagai ianya menarik jauh hingga ke dasar hati. Tanpa disedari ada rasa sayu, sedih dan jauh yang menyinggah di jiwa....hati...dan menyapu sepi perasaan. Apakah rasa ini sebenarnya? 

Aku teringat yang aku ada baca satu artikel yang berkaitan tentang rasa sakit perut ini. Aku tak de lah dapat ingat sebijik-sebijan ayat yang ditulis dalam artikel tu. Tapi, isi penting yang masih aku ingat adalah berkaitan sakit-sakit. 

Ada yang menulis bahawa salah satu penyebab sakit perut adalah cemburu. Disebut di dalam artikel tersebut bahawa cemburu itu adalah campuran dari perasaan gelisah, takut, khuatir, sempit, kacau dan otot kejang. So, secara tidak langsung, fakta yang menyatakan bahawa otot kejang salah satu penyebab sakit perut dapat dikaitkan dengan perasaan cemburu yang menjengah di jiwa.

Tapi, jujur aku cakap, aku tak nak rasa macam tu. Kalau cemburu itu boleh membantu aku merubah ke arah kebaikan ataupun menyumbang ke arah 'the better me', aku lagi suka. Kalau yang bertentangan, aku mintak sangat-sangat dipelihara daripada segala rasa keji itu.

Tapi, betullah. rasa sakit perut yang aku rasa in adalah satu rasa yang menarik-narik tangkai hati dan perasaan. Mungkin aku patut lepaskan rasa itu sekarang. Mungkin ini masa yang sesuai.
Selagi belum terlambat. 
Gusar masa akan menjadi sendat. 
Selagi aku masih sempat. 
Lepaskan rasa itu sampai dapat.

Tapi, betullah. Perut aku masih sakit sampai sekarang.
Sakit sangat- sangat. Sampai menarik-narik tangkai jiwa.

Friday, 10 May 2013

^_^ being me, i'm random ~

...بسم الله الرحمن الرحيم
so,

being my own true self
i can express it better
being my own true self
no need to worry about later

because,

this is what i have been born with
so, just bear with it
or better, just leave it, with
no consideration to even care about it

but still,

being my own true self
i will not let out my true colours
or shout it out freely from right to left
just, to not bother others

yes, it's true
being my own self
it restricts me from shout it out loud,
controls me from being proud(?)

ain't that a good thing?

pathetic am i?

goosshh~ do i even have to care about it?

but, sorry, truly 
because i still believe
that being my very own self
is 100% okay

pssttt: sorry for the random ideas, mixed up in one piece. yupps! turn me upside-down now~.~

may we safe in God's bless. chaaawww~ :D

Monday, 6 May 2013

^_^ cool observer, indeed!

...بسم الله الرحمن الرحيم
scrolled down my TimeLine
I laughed
facebook, twitter, sometimes make me smiled
most of the time whined

the next day, the same routines
again, I just laughed
duushh, I said, "they lied"
then shutdown! I felt annoyed

D-day, srolled down them again
and I sighed
goosshh, "when will they stop playin'?"
spreading dirty tricks across my sight

the aftermath effects?
they are worse!

and oh! blackout?!

maybe people overused the power
or it just insufficient power supply
or electric power that flowed was low
naaahhh~ it was all lie! :X

pssstttt:- it is not that I'm being bias or what so not regarding GE13, it is just that, people are getting smarter, know how to differentiate between what is the truth and what is not. even though I do not have any complains against the winning party, shouldn't they still have to win fair and square? lying and tricking people are not totally the best way in winning citizens' heart, we might despise it more! so, it is a total noo noo~ my biggest apologize if what the news that have been spreading away, saying that there were some tricks happened, caused by the winning party during the counting process, are not true, I'm truly sorry then. if not, see ya' in GE14! in shaa Allah! *smirk* :p

I love my country! let's pray for the best in future ahead! :')

may we safe in God bless. chaaawww~ :DD

Sunday, 5 May 2013

^_^ Gema Gangsa IIUM 2013

assalamualaikum wbt and greetings.
18th 'till 22nd April 2013. what a happy and great weekend it was!
here is the story goes about. on 19-21 of Aril 2013, IIUM gamelan team 'Gema Gangsa' was having a competition in Festival Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2013, held in Universiti Malaysia Terengganu (UMT). our team consisted of 18 players, which was a combination of 11 players from IIUM Gamelan Club itself, 4 players from IIUM Percussion Club and IIUM Acoustic Band. another 2 players were 'imported' from Istana Budaya as their talents are needed to assist our team.

during the-Day, Gema Gangsa performed two songs, one traditional song, 'Perang Manggong', and one creative song, freshly composed specially for this contest by our teacher, Cikgu Ku Zahir, entitle 'Cari-Cari Cuba Kau Cari'. a tight challenge been given by other groups that join this competition especially from Sanggar Kirana (UTP), Alkis Gemawan (Alumni KISAS), Suktra Terengganu (Pusat Kebudayaan Terengganu) and many more.

an intensive training had been done since February in order to prepared ourselves with challenges that coming ahead. and alhamdulillah, all praises be to Allah as Gema Gangsa has been announced as the CHAMPION for this competition. our efforts, sweats and tiredness are all paid off as we had been announce as the winner for this competition wiiiiieeeee~~  

visit video gema gangsa - cari-cari cuba kau cari to watch the video of our performances.

here are some of the snip snap of pics during our preparation, before and during the performance day. 

>.< training time




>.< sound check at Dewan Sultan Mizan, UMT




>.< we're the winner!






hopefully, the bond that been tangled and knitted among us will be remained forever. nothing is more precious than a relationship than will remain even all of us might not engaged as a team in the future ahead. ukhwah fi' sabilillah :')


pssttt:- love them at most as I can always be me~ <3<3<3
and oh! here's the link to our official IIUMGamelanClub page for more info regarding this competition.

may God bless us. chaaaww~ :DD

^_^ rasa menyapa~

...بسم الله الرحمن الرحيم
sakit.
rasa itu halus sahaja
bersahaja berlalu menyapa sedikit
tapi bisa meruntun jiwa.

sakit.

sentuhan rasanya menghiris jiwa
mengacau perasaan yang kian membukit
menggoyah rasa yang kian membunga.


sakit.

betapa mata terseksa merasa
jiwa merasa semakin terhimpit
rasa yang kuat menghentam jiwa.


sakit.
sepatutnya rasa itu sudah diduga
mungkin kerna hati degil, keras, meliat
enggan menurut bicara minda.

sakit.
mungkin ini dugaan daripadaNya
bersenang menyerah tanpa sedikit
simpan perasaan untuk dijaga.

sakit.
semoga rasa cepat berlalu pergi
tinggalkan jiwa yang semakin pahit
untuk terima dugaan tak terperi.

sakit.
rasa itu harus dirawat dengan segera
agar tidak terus mengkhianati jiwa
takut tenggelam, mati terhimpit.

may God bless us. chaaawww~~:')


Wednesday, 1 May 2013

^_^ selamatkan jiwa-jiwa

...بسم الله الرحمن الرحيم

jiwa letih
bila dipaksa, bila dilatih
untuk menjadi berdaya
hingga dikerah segala upaya

jiwa rosak
bila perasaan yang dipasak
dengan dengki khianat
telah mula merebak, tenat

jiwa busuk
bila telah tertusuk
dengan duri tajam, bernanah
memakan diri, juga amanah

jiwa gelap
bila impian bertukar malap
angkara janji dunia yang palsu
merobek rakus jasad yang lesu

jiwa lenyap
bila dihuni perasaan senyap
sedar akan mendiam diri itu
lebih membantu jiwa menjadi jitu

jiwa kosong
bila iman telah jauh terpesong
hanyut melayan nafsu dunia
semakin jauh meninggalkan Dia

may God bless us. chaawww~~:D

Tuesday, 16 April 2013

^_^ persoalan??

...بسم الله الرحمن الرحيم
kau kata
kau tidak akan berdusta
janji kau tabur bukan omongan semata-mata
namun ternyata ianya manis di bibir saja

kau juga hebah yang kau hebat
memperjuangkan hak daripada dirembat
menangkis hujanan kutukan yang lebat
namun anggapanku tenyata tepat

kenapa??

kerana kini sudah kau lupa
adanya mereka yang hidup sengasara
angkara kau yang sering alpa
dalam mengejar nafsu membara

nafsu dunia tidak membawa kemana
kerana semua ini milik Dia
layakkah kau untuk memperguna
harta kekayaan pinjaman dunia?

sekarang bagaimana??

ayuh! kembali segera kepada fitrah
sedar siapa Pemilik sebenar
kerana manusia yang leka sudah menjadi lumrah
hanyut dalam mencari diri sebenar

siapa kata berpaduan salah
siapa kata bersatu rebah
kerna mana mungkin aur berlakuan salah
hingga menyebabkan tebing terkulai rebah

oleh itu, sedarlah wahai kau
nasib mereka dan aku di tangan kau letaknya
tak sanggup kami hidup dengan terpukau
dek janji tipuan yang kau kurnia

may God bless us. chaawww~:DD




Sunday, 7 April 2013

^_^ inspiring me~

assalamualaikum wbt and greetings peeps!
stressed out because of assignments, quizzes and a few more paper for midterms, so, I googled up about one of my favourite band  from Japan, One Ok Rock. then, taaadaaa~I found out that one of their new song (not the latest one, but still could be regarded as the recent one) entitle, Be the Light is been composed with such an inspiring lyrics and nice melody.

so, just check it out!...and enjoy! no more stress! 


Just the thought of another day
How did we end up this way
What did we do wrong?
God.

Even though the days go on
So far, so far away from
It seems so close

Always weighing on my shoulder
At time like no other
It all changed on the day
Sadness and so much burden

You can touch the sorrow here
I don’t know what to blame
I just watch and watch again

Even though the days go on
So far, so far away from
It seems so close

Even though the days go on
So far, so far away from
It seems so close

What did it leave behind?
What did it take from us and wash away
And leave alone?

What was my heart stuck on you
And keep it up and not give up
With our heads held high

You have seen hell and made it back again
How to forget? We can’t get alive
Still a little lost along the way
Then you realize that wherever you go
There you are time won’t stop so
We keep moving on

Yesterday’s night (catch the light)
Tomorrow’s night (trust the light)
Be the light

Always weighing on my shoulder
At time like no other
It all changed on the day
Sadness and so much burden

Anyone can close their eyes
Pretend that nothing is wrong
Open your eyes and look for light

What did it leave behind?
What did it take from us and wash away
And leave alone?

What was my heart stuck on you
And keep it up and not give up
With our heads held high

You have seen hell and made it back again
How to forget? We can’t get alive
Still a little lost along the way
Then you realize that wherever you go
There you are time won’t stop so
We keep moving on

Yesterday’s night (catch the light)
Tomorrow’s night (trust the light)
Be the light

Some days just pass by
And some days are unforgettable
We can’t choose the reason why
But we can choose what to do from the day after

So with that hope
With that determination
Let’s make tomorrow
A brighter and better day


may God bless us. chaaawww~:D

Saturday, 23 March 2013

^_^ ianya berhak untuk dirasa~

...بسم الله الرحمن الرحيم
alirka ia
ini semua di atas kuasa Dia
bukan salah kita untuk merasainya
juga bukan kuasa kita untuk menghentikannya

alirkan dan semaikan ia
dengan perasaan cinta sayang
payunginya dengan kuasa bayang-bayang
agar tidak tergadai melayang

alirkan, semaikan dan bajakan ia
jangan dibiar terkulai layu
mati dihempap himbunan kayu
cacat panorama pandangan sayu

alirkan, semaikan, bajakan dan jagakan ia
jangan sampai rosak berulat
busuk dihidu buruk dilihat
jadikan panduan petunjuk dari Dia
dalam mengemudi arah ingin ke mana
agar tidak menyesal di kelak sana

pupuklah ia sebaik mungkin
kerna ia mungkin membawa kita
ke lembah yang hina
tetapi jangan runsing
kerna ia juga mampu membawa kita
ke Jannah yang mustahil fana

jadi, tidak mengapa, alirkan sahaja perasaan itu
kerna kita hanya manusia biasa
tak mampu menidakkan perasaan hati yang satu
kurniaan dari Dia yang Maha Esa :')

may God bless us. chaaawwww~:DD

Monday, 11 March 2013

^_^ glad to be home~

assalamualaikum wbt and greetings.
what a wonderful weekend it was! away from Malaysia for 3 days and visiting Yogyakarta. indeed! it was a new experience for me, to see new environment, to meet various kind of people, to learn something that odd, to appreciate everything, to be a lot more thankful, to reflect myself back to Him!

will tell a lot more stories in my future posts (if I'm done with my assignments hewhewhew) as there are a lot of things to share. and of course! so glad to be home, to be in Malaysia:)

may God bless us. chaaawww~:DD

Thursday, 14 February 2013

^_^ the fact

it's approaching
slowly it will come
and glides along with me
promising something that I never imagined

sure do, it's approaching
gently it lets everything
passed me, kissed me, whispered me love
without me even wanting it

it's true, it's approaching
silently it touches, conquers my heart
my mind, my thoughts, my....everything
embracing me with full of care

believe me! it's approaching
the fact, the moment, the day
when someone you believe, love at most
will BETRAY you!!!

may God bless us. chaaawww~~:DD

Saturday, 2 February 2013

^_^ IIUM Gamelan : Marry You & Titanium~

assalamualaikum wbt and greetings.
alhamdulillah, after almost a week been practicing for Culture  Night, Taaruf Week 2, 2012/2013,  IIUM Gamelan Club members finally could stretch out our foots and hands and arms as we successfully done with the show. wieeee~~ 

and of course, we managed to boost out all our best to make the show memorable for those new intake students and hopefully, we are able to allure them to join our club haha. even there were some mistakes, in terms of the situation where the player forgot their notes and the jidor(some sort of Malay traditional drum) seems off beat, I still think that it was an awesome performance by us. and most important, as an experience for us to learn and take it as an example for us to be better in our another show in future, in shaa Allah.

on that night, we performed two songs, Marry You by Bruno Mars and Titanium by David Guetta ft Sia, which related to the theme for this year Cultural Night's theme which is 'A Traditional Malay Wedding'. so, here are peek-sneak videos from us, taken during the rehearsal, practicing these songs. just hit the play button and enjoy the vids wieeee~~


Marry You-Bruno Mars
could you hear the problematic intro??-.-'' haha, mistakes could and do happen, anytime, cant be avoided. 

 
Titanium-David Guetta ft. Sia
love this one, the most.=)

so, who said that traditional instruments cant be exciting and fun to learn, play and heard?? come and try us laa hahaha*joking*;p

may God bless us. chaawww~:DD